Sunday, 18 February 2024

Komponen Pengurusan Fail & Dokumen - Ciri-Ciri Keselamatan


Perlindungan dokumen daripada kehilangan, pencurian, atau kerosakan adalah penting. Ini boleh melibatkan penggunaan kata laluan, sistem pengawalan akses, atau penyimpanan dalam tempat yang selamat.

#TripleATraining
#HRDCTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanHRDC
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Monday, 15 January 2024

Komponen Pengurusan Fail & Dokumen - Sistem Elektronik dan Fizikal


Pemilihan antara penyimpanan fail dan dokumen secara fizikal atau elektronik, atau gabungan keduanya, bergantung kepada jenis dokumen, keperluan perniagaan, dan keselamatan maklumat.

#TripleATraining
#HRDCTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanHRDC
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Komponen Pengurusan Fail & Dokumen - Pemeliharaan dan Pelupusan


Pengurusan fail dan dokumen juga merangkumi penyelenggaraan dokumen, serta pelupusan dokumen yang tidak lagi diperlukan mengikut polisi dan peraturan yang ditetapkan.

#TripleATraining
#HRDCTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanHRDC
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Komponen Pengurusan Fail & Dokumen - Pengawalan Akses


Majikan perlu memastikan bahawa dokumen mudah diakses oleh pekerja tertentu, namun masih mengekalkan kawalan ke atas dokumen tersebut supaya pekerja lain tidak dapat mengakses fail-fail sulit dah rahsia.

#TripleATraining
#HRDCTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanHRDC
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Komponen Pengurusan Fail & Dokumen - Penyusunan dan Penyimpanan


Pengurusan fail & dokumen merangkumi aktiviti menyusun dokumen mengikut sistem atau struktur yang teratur dalam fail untuk memudahkan carian dan penggunaan semula.

#TripleATraining
#HRDCTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanHRDC
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Saturday, 17 September 2022

Kelebihan Pengurusan Fail & Dokumen - Peningkatan Ciri Keselamatan


Fail sulit yang disalah letak boleh melemahkan kerahsiaan & keselamatan organisasi. Pengurusan fail boleh mengurangkan kecuaian ini dengan mencipta folder di mana pekerja boleh menyimpan dokumen tersebut. Jika pekerja tahu di mana untuk meletakkan fail, risiko untuk tersalah letak fail menjadi kurang.

#TripleATraining
#HRDCTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanHRDC
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Kelebihan Pengurusan Fail & Dokumen - Meningkatkan Akauntabiliti


Organisasi juga boleh meningkatkan akauntabiliti melalui pengurusan fail yang berkesan. Contohnya, jika pekerja membuat kesilapan pada sesuatu dokumen, pengurus boleh membantu mengenal pasti perkara yang salah dengan melihat dokumen tersebut bersama-sama.

#TripleATraining
#HRDCTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanHRDC
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Kelebihan Pengurusan Fail & Dokumen - Pengurangan E-mel


Kebanyakan organisasi masih menggunakan e-mel untuk berkomunikasi. Hal ini memenuhkan peti e-mel mereka dengan cepat. Sistem pengurusan fail yang berkesan akan mengurangkan kebergantungan organisasi dengan e-mel kerana pekerja mempunyai akses dan cara untuk mendapatkan dokumen yang mereka perlukan.

#TripleATraining
#HRDCTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanHRDC
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Kelebihan Pengurusan Fail & Dokumen - Proses Piawaian Yang Selaras


Proses piawaian yang selaras memberi manfaat kepada organisasi dengan mengurangkan kesilapan dan meningkatkan produktiviti. Pengurusan fail membantu menyeragamkan proses organisasi dengan memastikan semua pekerja peka dengan cara menyimpan dan mendapatkan semula dokumen dengan selaras.

#TripleATraining
#HRDCTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanHRDC
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Kepentingan Pengurusan Fail & Dokumen - Pengawalan Akses


Akses kepada maklumat secara maya adalah penting supaya pekerja boleh mengakses dokumen yang diperlukan pada bila-bila masa di mana jua. Perisian sistem pengurusan fail digital seperti Google Drive & Microsoft OneDrive membolehkan organisasi mengawal akses yang diberikan kepada pekerja. Ini membolehkan organisasi menjaga kesulitan dokumen tersebut.

#TripleATraining
#HRDCTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanHRDC
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Wednesday, 5 January 2022

Kepentingan Pengurusan Fail & Dokumen - Mengurangkan Kesilapan Pemfailan


Pengurusan fail boleh mengurangkan bilangan ralat pemfailan. 

Jika anda menyimpan dokumen secara fizikal, sistem pemfailan yang teratur adalah perlu untuk mengelakkan dokumen tersalah letak.

Dokumen tersalah letak juga boleh berlaku secara digital, terutamanya jika pekerja menamakan atau menyusun fail dengan salah.

Sistem pengurusan fail mengurangkan ralat dengan memberikan panduan yang jelas semasa menyimpan dan mencari fail.

#TripleATraining
#HRDFTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanPSMB
#PembekalLatihanHRDF
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Kepentingan Pengurusan Fail & Dokumen - Komunikasi Yang Lebih Berkesan


Banyak program pengurusan fail datang dengan ciri-ciri yang berguna seperti kotak sembang, sistem penandaan dan keupayaan untuk mengulas pada dokumen. Ini penting kerana pekerja boleh bertanya satu sama lain tentang dokumen tertentu atau mengulas tentang kesilapan dalam dokumen.

#TripleATraining
#HRDFTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanPSMB
#PembekalLatihanHRDF
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Kepentingan Pengurusan Fail & Dokumen - Organisasi Menjadi Cekap


Pengurusan masa dan kecekapan adalah komponen penting dalam produktiviti syarikat.

Pengurusan fail meningkatkan kecekapan dengan mengurangkan masa yang diperlukan oleh pekerja untuk mencari dokumen.

Ia juga mengurangkan masa yang dihabiskan untuk mencipta semula fail jika pekerja tidak dapat mencari dokumen asal.

#TripleATraining
#HRDFTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanPSMB
#PembekalLatihanHRDF
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Kepentingan Pengurusan Fail & Dokumen - Menyimpan Dokumen Secara Berpusat


Anda disarankan untuk meletakkan semua dokumen syarikat anda di satu lokasi berpusat. Ini boleh memudahkan proses mendapatkan semula dokumen kerana pekerja boleh mencari nama folder dan mencari dokumen yang mereka inginkan dengan mudah.

#TripleATraining
#HRDFTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanPSMB
#PembekalLatihanHRDF
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Kepentingan Pengurusan Fail & Dokumen - Organisasi Yang Lebih Efektif


Kebanyakan organisasi mempunyai banyak maklumat untuk disimpan, termasuk maklumat pekerja, produk, inventori dan kewangan. Pengurusan fail boleh membantu menyimpan, mendapatkan dan berkongsi maklumat dalam organisasi.

#TripleATraining
#HRDFTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanPSMB
#PembekalLatihanHRDF
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Monday, 22 March 2021

Tips Pengurusan Fail & Dokumen #14 - Meminimumkan Risiko Litigasi


Melaksanakan sistem pengurusan dokumen yang baik juga dapat mengurangkan risiko anda atau organisasi anda dihadapkan ke makhamah atas kesalahan undang-undang.

Sebagai contoh, jika anda adalah pegawai kerajaan, dan anda menyebarkan dokumen sulit ke media sosial untuk tatapan umum tanpa kebenaran, di bawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi 1972, anda boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun.

#TripleATraining
#HRDFTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanPSMB
#PembekalLatihanHRDF
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Tips Pengurusan Fail & Dokumen #13 - Memastikan Dokumen Anda Mengikut Piawaian Undang-Undang


Masakini, ianya amat perlu untuk organisasi awam mahupun swasta mempunyai sistem pengurusan dokumen yang baik, tidak kiralah sama ada dokumen tersebut disimpan secara fizikal ataupun maya.

Ini bagi memudahkan auditor untuk mengaudit dokumen anda dan memastikan anda mengikun piawaian yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

#TripleATraining
#HRDFTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanPSMB
#PembekalLatihanHRDF
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Sunday, 21 March 2021

Tips Pengurusan Fail & Dokumen #12 - Mengasimilasi Teknologi Pengurusan Dokumen Yang Baru


Melabur dalam perisian pengurusan dokumen amat bermanfaat sekiranya syarikat mempunyai sistem pengurusan rekod fizikal. Teknologi pengurusan dokumen baru seperti Google Drive dapat diasimilasikan dengan sistem rekod yang ada untuk menjadikan sistem sedia ada lebih kukuh.

#TripleATraining
#HRDFTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanPSMB
#PembekalLatihanHRDF
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Tips Pengurusan Fail & Dokumen #11 - Mencari Dan Melupuskan Dokumen Dengan Efektif


Menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencari rekod yang tersalah letak atau hilang bukan sahaja membuang masa tetapi juga anda menghadapi risiko kehilangan dan kepercayaan pelanggan.

Oleh itu, pengurusan dokumen yang baik amat penting untuk sesebuah organisasi, tidak kira organisasi awam atau swasta.

#TripleATraining
#HRDFTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanPSMB
#PembekalLatihanHRDF
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia

Tips Pengurusan Fail & Dokumen #10 - Mengawal Penjanaan & Pertumbuhan Rekod


Walaupun kita semakin bergantung pada fail elektronik, jumlah kertas yang digunakan di pejabat tidak berkurang.

Sekiranya sistem pengurusan dokumen digunakan dengan baik, organisasi dapat mengawal penciptaan rekod atau salinan dan hanya menyimpan rekod yang benar-benar diperlukan atau aktif.

Ini mengawal pertumbuhan rekod dan dengan itu mengurangkan ruang penyimpanan yang diperlukan.

#TripleATraining
#HRDFTrainingProvidier
#PembekalLatihan
#PembekalLatihanPSMB
#PembekalLatihanHRDF
#KursusPengurusanDokumen
#DocumentManagementCourseKL
#DocumentManagementCourseMalaysia